CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..


"Segala puji bagiMu wahai Penguasa sekalian alam. Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Penguasa di hari pembalasan.Hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan.Tunjukkanlah kami pada jalan yang benar.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.."

04 May, 2012

Nota Mengingati Mati (muhasabah diri)

-Assalamualaikum- 

 Mati itu pasti.. Lalu, apakah persediaan kita?

‘Dia yang menjadikan mati dan hidup adalah untuk menguji siapakah dalam kalangan kamu yang terbaik amalannya’ (al-Mulk 67:2)


Ada masa? sebentar cuma. Berhenti dari kesibukan dunia. Berhenti sekejap dari keseronokan. Tiba-tiba malaikat maut sedang berjalan ke arah mu, meminta nyawamu, kerana due date kehidupan sudah sampai....

(gantikan dengan nama anda untuk lebih rasa insaf)
***





Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa. Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.



Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.



Wahai Liyana, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.



Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.



Ingatlah wahai Liyana, apabila datang kepada kamu 2 malaikat iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.



Ketahuilah wahai Liyana, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.



Apabila mereka menundukkan kamu dan menyoal kamu.



Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.



Hendaklah kau jawab dengan fasih apabila ditanya untuk pertama, kedua dan terakhirnya kalinya.



Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah".



Wahai Liyana, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.



Insaflah wahai Liyana, bahawa mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.



Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.



Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar.

(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali." (2:155-156)


Allahuakbar..
Astaghfirullahaladzim..
Astaghfirullahaladzim..

credit to blog :
 dirikudrcinta.blogspot.com



 

No comments:

Post a Comment

Sabda Rasulullah SAW:
"Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat daripada dosanya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi mereka yang sentiasa mensucikan dirinya"
istighfar..Astaghfirullahaladzim..

muhasabah

Semoga Hari Ini Lebih Baik

Daripada

Hari Semalam


Ada 3 kategori manusia


BERJAYA

Hari ini lebih baik daripada semalam

TERPEDAYA

Hari ini sama seperti semalam

CELAKA

Hari ini lebih teruk daripada semalam!

“Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari,tetapi

apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"